Webinar ini diadakan pada 23 November 2021 bermula jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 Tengahari. Dilaksanakan menggunakan Platform Google Meet. Webinar ini terbuka kepada semua staf UTHM. Penyertaan seramai 30 Orang. Penceramahnya ialah Dr. Aspalaila binti Abdullah, Pegawai Psikologi Kanan, Pusat Kaunseling UTHM.
Bengkel Terapi Ketawa (Laugh Therapy)
Bengkel ini diadakan pada 27 Oktober 2021 bermula jam 8.30 pagi hingga jam 4.30 Petang. Dilaksanakan menggunakan Platform Google Meet. Bengkel ini disertai oleh Pegawai Psikologi UTHM dan Semua Pegawai Psikologi dari Universiti Awam Malaysia. Penyertaan seramai 29 Orang. Penceramahnya adalah YM Dr. Raja Kamariah binti Raja Mohd.Khalid ( Pengarah Bahagian Pembangunan Psikologi, Jabatan Pembangunan Wanita) dan Dr. Norzah binti Abd.Ghani ( Pengarah Urusan Mind Rev). Bengkel ini anjuran bersama Pusat Kaunseling UTHM dengan kerjasama Pejabat Pendaftar UTHM dan Jawatankuasa Pengurusan Psikologi dan Kaunseling Universiti-Universiti Awam Malaysia (JKPPsiKUA).
Webinar Bersiri Kaunselor Kongsi Ilmu (2KI) Siri 3 : Tidur Anda Berkualiti Tak?
Webinar ini diadakan pada 20 Oktober 2021 bermula jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 Tengahari. Dilaksanakan menggunakan Platform Google Meet. Webinar ini disertai oleh Staf UTHM. Penyertaan seramai 49 Orang. Penceramahnya adalah En.Muhammad Khairullah bin Mohd.Shaari, Pegawai Psikologi, Pusat Kaunseling UTHM.
Seminar Kesihatan Mental : Sihatkah kita anjuran Pusat Kaunseling Universiti dengan kerjasama Unit Pembangunan Modal Insan Pejabat Pendaftar UTHM. Webinar ini diadakan pada 23 September 2021 bermula jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 pagi. Dilaksanakan menggunakan Platform Zoom dan Youtube. Peserta webinar seramai 144 orang Staf UTHM. Penceramahnya adalah YBhg. Prof. Dr. Hjh. Firdaus binti Mukhtar dari Universiti Putra Malaysia
Webinar Bersiri Kaunselor Kongsi Ilmu (2KI) Siri 2 : Stres Ok Ke Tidak?
Webinar ini diadakan pada 20 September 2021 bermula jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 Tengahari. Dilaksanakan menggunakan Platform Google Meet. Webinar ini disertai oleh Staf UTHM. Penyertaan seramai 64 Orang. Penceramahnya adalah En.Syahrul Nizam bin Lukman, Pegawai Psikologi Kanan, PCU UTHM.
Bengkel Art Therapy
Bengkel ini diadakan pada 6 hingga 7 September 2021 bermula jam 8.30 pagi hingga jam 4.30 petang. Dilaksanakan menggunakan Platform Google Meet. Webinar ini disertai oleh Pegawai Psikologi UTHM. Penyertaan seramai 5 Orang Pegawai Psikologi UTHM. Penceramah Bengkel adalah Dr. Jamaida Jamaluddin, Kaunselor Berdaftar, Certified Art Therapy Professional Training.
Webinar ini diadakan pada 18 Ogos 2021 bermula jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Dilaksanakan menggunakan Platform Google Meet. Webinar ini disertai oleh Staf Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UTHM. Penyertaan seramai 101 Orang Staf. Penceramah webinar adalah Dr. Noraishah binti Daud, Pengarah Pusat Kaunseling Universiti (PCU) UTHM.
Photo Therapy & Transformational Self Portrait anjuran Pusat Kaunseling UTHM dengan kerjasama Unit Pembangunan Modal Insan Pejabat Pendaftar, UTHM. Diadakan pada 12 Ogos 2021 pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Program ini menggunakan Platform Zoom. Peserta program seramai 60 Orang Staf UTHM dan Juga Agensi Luar. Disampaikan oleh Puan Siti Fatimah binti Abd.Ghani iaitu Pegawai Psikologi Kanan dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Puan Siti Fatimah binti Abd Ghani iaitu Pegawai Psikologi Kanan dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Webinar Emosi Ceria, Mental Sejahtera anjuran Pusat Kaunseling UTHM dengan kerjasama Unit Pembangunan Modal Insan Pejabat Pendaftar, UTHM. Diadakan pada 14 Julai 2021 pada jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Webinar ini menggunakan Platform Zoom. Penceramahnya ialah Tn.Hj. Azam bin Hj Hassan (Pegawai Psikologi Kanan, Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Dr.Harlina binti Siraj ( Penceramah dari Akademik Dr.HAR).
Bengkel ini diadakan pada 24 & 25 November 2020 secara Webinar (Google Meet). Penceramah program ialah Tuan Haji Izuddin bin Ghazali (Pegawai Psikologi Kanan di Penjara Kajang). Peserta program seramai 16 orang terdiri daripada Pegawai Psikologi UTHM, Pengetua Kolej Kediaman dan Ahli Akrab UTHM. Objektif bengkel adalah untuk memberi pengetahuan mengenai jenis-jenis dadah,simptom, risiko menjadi penagih.
Bengkel ini diadakan pada 24 & 25 November 2020 secara Webinar (Google Meet). Penceramah program ialah Tuan Haji Izuddin bin Ghazali (Pegawai Psikologi Kanan di Penjara Kajang). Peserta program seramai 16 orang terdiri daripada Pegawai Psikologi UTHM, Pengetua Kolej Kediaman dan Ahli Akrab UTHM. Objektif bengkel adalah untuk memberi pengetahuan mengenai jenis-jenis dadah,simptom, risiko menjadi penagih.
Bengkel ini diadakan pada 9 November 2020 bertempat di Bilik Al-Ghazali, Pusat Kaunseling Universiti (PCU). Peserta bengkel seramai 14 orang. Objektif bengkel adalah untuk mewujudkan satu garis panduan yang tersusun untuk pelajar dan staf yang mempunyai isu berkaitan kesihatan mental dan dadah.
Bengkel ini diadakan pada 28 & 29 September 2020 bertempat di Bilik Latihan Al-Ghazali, Pusat Kaunseling Universiti (PCU). Peserta yang terlibat adalah seramai 6 orang yang terdiri. Objektif bengkel adalah untuk memahami lebih mendalam tentang peranan profesional dan mempelajari teknik-teknik pengendalian sesi kaunseling klien berisiko.
Program ini adalah anjuran bersama Ahli Sunnah Wal Jamaah UTHM yang diadakan pada 19 September 2020 bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi menggunakan kaedah aplikasi zoom.
Bengkel ini diadakan pada 14 September 2020 yang bertempat di Dewan Al-Farabi, Masjid UTHM dengan kerjasama Unit Latihan, Pejabat Pendaftar. Peserta program seramai 50 Orang peserta (secara fizikal) dan 50 orang secara webinar (Facebook live). Penceramah program ialah Saudara Syamsul Amri (Syamsul Debat) dan Saudara Shamsul Ghau Ghau.
Mesyuarat ini diadakan pada 10 Ogos 2020 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Universiti Teknologi Mara , UiTM Shah Alam. Mesyuarat ini melibatkan Pendaftar UTHM, Pendaftar UiTM dan Pegawai Psikologi Universiti-Universiti Awam Malaysia. Ahli mesyuarat seramai 17 orang.
Mesyuarat ini diadakan pada 5 Mac 2020 bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5 Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM. Mesyuarat ini melibatkan Pendaftar UTHM, Pendaftar UiTM dan Pegawai Psikologi dari Universiti-Universiti Awam Malaysia. Ahli mesyuarat seramai 24 Orang.
Bengkel ini diadakan pada 3 Mac 2020 bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Bilik Seminar Sri Siantan, Pejabat Pendaftar. Peserta bengkel seramai 34 orang. Penceramah bengkel ialah Pn. Shereen Sabrina binti Abd. Shukor ( Pengarah Bahagian Governan Pejabat Pendaftar). Jemputan Khas Amanat YBrs. Prof. Madya Dr. Afandi bin Ahmad ( Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Objektif bengkel adalah untuk memberi kemahiran tentang tatacara pengurusan mesyuarat dengan lebih tersusun dan kemas serta menghasilkan minit mesyuarat dan kertas kerja yang berkesan.
Ahad - Rabu : 8 pagi - 5 petang
Khamis : 8 pagi - 3.30 petang
Rehat : 1 - 2 petang
Tutup : Jumaat - Sabtu & Cuti Umum
Pusat Kaunseling Universiti (PCU)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Ta'zim
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM ® 2020. All Rights Reserved. Best viewed with any modern web browsers with resolution of 1280x1024. This website is bound by the Copyright Notice mentioned.